Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei 201)



Akhirnya 16 Mei kembali lagi. Kehadiran 16 Mei mengamit seribu satu makna buat insan yang bergelar pendidik. Pada hari tersebut, golongan pendidik khususnya Cikgu diraikan semeriah mungkin dengan pelbagai aktiviti dan pelbagai program. Pendek kata, hampir semua sekolah akan menganjurkan aktivit-aktiviti /program untuk menyambut Hari Guru.

Kali ni 16 mei 2010, hari guru akan disambut di peringkat kebangsaan di UMP dan bertemakan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu - 9 Mei 2010


Buat insan yang bergelar ibu, Cikgu Ieyza mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu pada 9 Mei 2010. Semoga ibu-ibu semua akan terus dirahmati, diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Semoga pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu kepada anak-anaknya akan dapat dihargai oleh anak-anaknya.

Ingatlah wahai ibu-ibu sekalian, Tangan ibu yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia!!!

Pesanan buat insan yang bergelar "ANAK" bacalah petikan yang Cikgu Ieyza petik dari laman web http://familiku.com. Semoga petikan itu mampu memberi kita keinsafan dan kesedaran bahawa betapa pentingnya ibu dalam kehidupan kita.

Saturday, May 1, 2010

Apa itu Kaunseling? Etika Kaunseling?


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Apa itu kaunseling?

Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Sunday, April 25, 2010

WELCOME!!! - BLOG CIKGU KAUNSELING (CIKGU IEYZA)

Selamat Datang!!! kepada semua pelayar-pelayar blog Cikgu Kaunseling (Cikgu Ieyza) yang baru menerjah masuk ke dunia cyber melalui Blog.

Semoga kehadiran Blog Cikgu Kaunseling ini akan dapat meningkatkan lagi ilmu-ilmu pengetahuan dan kemahiran yang Cikgu Ieyza miliki khususnya di dalam bidang kaunseling, physikologi dan motivasi.


Diharap Blog ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh pelayar-pelayar blog untuk sama-sama berkongsi masalah dengan Cikgu Ieyza. InsyaAllah sebagai insan yang menceburi dunia kaunseling & motivasi, Cikgu Ieyza akan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui nasihat, tunjuk ajar, penerangan dan sebagainya.


Cikgu ieyza akan paparkan pengalaman-pengalaman Cikgu Ieyza di dalam dunia kaunseling & motivasi agar dapat digunakan sebagai panduan dan pengajaran kepada semua pihak. Dalam konteks ini, etika Kaunseling tetap diutamakan. Oleh itu, identiti individu akan dirahsiakan dan cerita-cerita yang dipaparkan sedikit sebanyak telah di olah agar ia kelihatan menarik.

Oleh itu, sekiranya anda menghadapi masalah, bolehlan anda kongsi bersama Cikgu Ieyza melalui email: ardieyza@yahoo.com. InsyaAllah Cikgu Ieyza akan membantu anda melalui pengalaman yang Cikgu Miliki.


Daripada

25-04-2010
Related Posts with Thumbnails