Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu - 9 Mei 2010


Buat insan yang bergelar ibu, Cikgu Ieyza mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu pada 9 Mei 2010. Semoga ibu-ibu semua akan terus dirahmati, diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Semoga pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu kepada anak-anaknya akan dapat dihargai oleh anak-anaknya.

Ingatlah wahai ibu-ibu sekalian, Tangan ibu yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia!!!

Pesanan buat insan yang bergelar "ANAK" bacalah petikan yang Cikgu Ieyza petik dari laman web http://familiku.com. Semoga petikan itu mampu memberi kita keinsafan dan kesedaran bahawa betapa pentingnya ibu dalam kehidupan kita.

 
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Tetapi apabila Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
-----------------------------------------------------
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..
Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
-----------------------------------------------------------
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
-------------------------------------------------------------
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah
Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
------------------------------------------------------------
Jom layan lagu untuk ibu sempena Hari Ibu....moga-moga dengan alunan lagu tersebut, kita dapat sedar dan insaf bahawa betapa pentingnya ibu dalam kehidupan kita.

Lagu untukmu ibu - Aeman


Exist - Untukmu Ibu (Versi Juara Lagu 92)


Hijjaz - Belaian Ibu


Dikir barat - Lagu untuk Ibu


Yusoff Islam - My mother


P.Ramlee - Lagu Ibu


Untukmu Ibu (Exist) versi bintang kecil - Ariff


------------------------------------------------------
Bagi insan yang masih memiliki ibu, inilah masanya untuk kita membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada ibu kita yang tercinta. Inilah masanya untuk kita berkorban duit kita untuk ibu kita yang telah berjuta-juta ringgit mengorbankan duitnya untuk kejayaan kita. Inilah masanya untuk kita buktikan yang kita adalah anak yang baik.
-------------------------------------------------------

Buat ibuku, Selamat hari Ibu. Didoakan agar ma sentiasa sihat walafiat. Anakmu di sini amat merinduimu dan mencintaimu. Semoga Ma di kampung bahagia bersama Ayah tercinta.


Daripada:

8 Mei 2010

2 comments:

Related Posts with Thumbnails