Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei 201)



Akhirnya 16 Mei kembali lagi. Kehadiran 16 Mei mengamit seribu satu makna buat insan yang bergelar pendidik. Pada hari tersebut, golongan pendidik khususnya Cikgu diraikan semeriah mungkin dengan pelbagai aktiviti dan pelbagai program. Pendek kata, hampir semua sekolah akan menganjurkan aktivit-aktiviti /program untuk menyambut Hari Guru.

Kali ni 16 mei 2010, hari guru akan disambut di peringkat kebangsaan di UMP dan bertemakan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"




Dikesempatan ini, Cikgu Ieyza ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua Cikgu-Cikgu di seluruh Malaysia. Semoga Cikgu-Cikgu sekalian akan terus kuat dan bersemangat untuk melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pendidik.



Teringat cikgu ieyza masa zaman sekolah rendah dulu, apabila seorang cikgu bertanyakan pada murid-murid, Apakah cita-cita kamu? Hampir majoriti anak-anak murid memberi jawapan untuk menjadi Cikgu. Ini mengambarkan betapa kerjaya cikgu amat dihormati oleh segenap masyarakat.


Namun zaman tu telah berubah, dengan perkembangan teknologi yang peast dan zaman globalisasi yang penuh kebebasan, kita dapati budaya menghormati cikgu telahpun hampir pupus. Profesion perguruan tidak lagi dihormati oleh segelitir ataupun kebayakkan pelajar dan masyarat apabila kita dapat lihat pelbagai ujian dan dugaan yang harus dilalui oleh seorang pendidik. Misalnya kita lihat, cikgu sering kali dipersalahkan sekiranya anak murid membuat satu kesilapan dan kejahatan. Cikgu sering kali dipersalahkan oleh ibubapa apabila cikgu cuba untuk mendidik anak-anak mereka. Sebab itu kita lihat ramai ibubapa sanggup membawa ke mahkamah demi menjatuhkan maruah seorang pendidik.



Di sini kita dapat lihat...
#Apabila anak murid berjaya dengan cemerlang dalam akademik, sukan, atau apa jua bidang yang diceburi di sekolah... maka cikgu tidak pernah diberi penghargaan oleh ibubapa.
#Apabila anak murid ponteng sekolah, anak murid gagal dalam peperiksaan, anak murid isap rokok, anak murid memiliki masalah sosial, anak murid jahat dan sebagainya....maka cikgu akan dipersalahkan oleh ibubapa... kata mereka "cikgu bodoh tak pandai didik anak murid".
#Namun apabila cikgu ini cuba untuk mendidik anak-anak mereka dengan cara yang lebih tegas seperti merotan dan sebagainya.... Akhirnya Cikgu dibawa ke mahkamah oleh ibubapa kerana tindakan cikgu merotan anak mereka.




Situasi tersebut membuatkan cikgu dalam dilema. Apa yang dibuat serba tidak kena. Buat baik pun salah...buat salah lagilah salah. Inilah budaya yang semakin menular di dalam masyarat yang akhirnya menyebabkan kerjaya cikgu tidak lagi dihormati dan disegani.


Memang benar kata pujangga...Guru ibarat lilin... membakar diri untuk menerangi insan lain. Guru sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan semata-mata ingin melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran dan hidup. Sebab itu kita lihat hari ni cikgu-cikgu dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang menyebabkan ada segelitir cikgu tidak tahan dengan bebanan tersebut.




Namun yakin dan percayalah wahai cikgu-cikgu sekalian, tugas kita sebagai cikgu adalah tugas yang murni. Tugas yang tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T. Oleh itu, ayuhlah bangkit, tingkatkan usaha dan tenaga kita untuk membina sebuah masyarat yang berjaya dan berakhlak di masa akan datang. Ketahuilah... jika tangan ibu mampu mengoncang dunia... maka tangan cikgu mampu mewarna warnikan dunia kerana melalui tunjuk ajar dan didikan cikgulah maka lahirnya seorang arkitek, engineering, doktor, akauntan, banking, peguam, usahawan, menteri, ahli politik dan sebagainya.

Jom layan kartun tentang cikgu:-














Akhir bicara, Selamat Menyambut Hari Guru buat semua cikgu-cikgu di Malaysia khususnya kepada cikgu-cikgu yang pernah mendidik dan mengajar diri ini. Terima kasih di atas didikan cikgu-cikgu semua kerana dengan didikan cikgu itulah hari ni saya mampu berdiri disini sebagai seorang cikgu kauseling. Semoga pengorbananmu akan mendapat balasan dari Allah S.W.T



Jom dengar lagu-lagu untuk cikgu:-

Lagu Cikgu Malaysia


Lagu Guru Pembina Negara Bangsa


Lagu Guru ibarat lilin membakar diri




Sekian.

Ditulis oleh:



(15-Mei 2010) - Selamat Hari Guru

5 comments:

Related Posts with Thumbnails